fbpx

115 parcel dadah disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menyita 115 parcel kurier barangan dari luar negara yang mengandungi dadah di Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sepanjang tempoh tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata, jumlah keseluruhan dadah di dalam kesemua parcel tersebut dianggarkan lebih 11 kilogram bernilai kira-kira RM280,264.

Menurut beliau, modus operandi sindiket tersebut mengisytiharkan bungkusan pos berkenaan sebagai baju, beg vakum, barangan kosmetik, penyambung rambut, permainan video dan hadiah.

“Terbaharu, sepanjang tempoh bulan ini sahaja, JKDM Zon Tengah menggagalkan penyeludupan sembilan bungkusan dadah jenis kanabis seberat 224.4 gram bernilai RM4,565.

“Kes diperoleh hasil daripada imbasan ke atas bungkusan yang dikirim melalui perkhidmatan kurier luar yang disyaki dikirim dari Eropah dan penerimanya adalah individu yang tinggal di sekitar Lembah Klang,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI