fbpx

[VIDEO] ‘Siapa pernah kena serang je tahu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seakan bermain bola keranjang bersama kera, begitulah aksi seorang lelaki ketika melakukan teknik menyergah untuk meloloskan diri daripada terkaman kera liar.

PETALING JAYA – Seakan bermain bola keranjang bersama kera, begitulah aksi seorang lelaki ketika melakukan teknik menyergah untuk meloloskan diri daripada terkaman kera liar.

Menerusi perkongsian mojoo_jojooo yang berdurasi 30 saat itu, lelaki berkenaan kedengaran terjerit-jerit sambil memegang bola keranjang setiap kali kera itu menghampiri dirinya.

Bagaimanapun, di akhir video, lelaki itu berjaya melepaskan diri dengan mencampakkan bola keranjang itu tepat ke muka kera tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna laman sosial terhibur dengan pekikan dan gaya lelaki itu di dalam video.

“‘Headshot’ kepala dia,” komen seorang pengguna.

“Abang bagi jelah bola abang tu, abang beli bola baru,” seloroh @bardwilfree.

Selain itu, ada juga pengguna yang ketawa sehinggakan berkata jika orang lain mendengar jeritan lelaki itu, pasti dianggap terkena rasukan.

“Trauma! Aku nak pergi dobi je tahu tahu kena serang ramai-ramai sebab ada ibu dan anak kera yang melepak kawasan situ. Masing-masing tunjuk taring,” kata Hamira Raman. – KOSMO! ONLINE

@mojoo_jojooo wild infernape😅 #pokemon #wild #planetoftheapes ♬ EMANG BOLEH? EMANG BOLEH? (Sad Vibes) – DJ Koe Koe

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI