fbpx

Lelaki tinggal dalam treler sebenarnya jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Holt bergambar sambil duduk di atas mesin pemotong rumput di Hinsdale pada 4 April 2020. – Ed Smith

CONCORD, NEW HAMPSHIRE – Seorang lelaki yang menjalani kehidupan sederhana dengan tinggal di dalam treler, mengejutkan orang ramai selepas kematiannya susulan pendedahan yang mengatakan bahawa dia sebenarnya seorang jutawan, lapor laman berita Express UK. 

Ketika hayatnya, Geoffrey Holt hanya tinggal di dalam sebuah treler tanpa memiliki kereta atau perabot. Selepas kematiannya, dia didapati meninggalkan wang berjumlah AS$3.7 juta (RM17.2 juta) kepada bandar Hinsdale di negeri New Hampshire.

Rakan karib Holt, Edwin ‘Smokey’ Smith berkata, mendiang meninggalkan wasiat yang bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat dalam bidang pendidikan, kesihatan, rekreasi dan budaya.

“Saya tahu dia tidak mempunyai ramai ahli keluarga. Namun, tindakan meninggalkan harta kepada bandar didiaminya adalah hadiah yang sangat besar,” kata Pengerusi Lembaga Hinsdale, Steve Diorio.

Holt yang meninggal dunia pada Jun lalu ketika usia 82 tahun dikatakan gemar mengumpul model kereta dan set kereta api. 

Dia pernah bekerja sebagai pengurus pengeluaran di sebuah kilang bijirin, melabur wang dengan bijak serta sering dilihat duduk berhampiran anak sungai dan membaca bahan bacaan berkaitan kewangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI