fbpx

PRK Kemaman: Ahmad Samsuri bukan pemimpin tamak – Nasrudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (kanan) beramah-mesra dengan pengunjung sewaktu berkempen di Pasar Binjai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Pas berharap 141,790 pengundi di Parlimen Kemaman tidak termakan dengan naratif cuba dibawa Barisan Nasional (BN) yang mendakwa calon parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar seorang pemimpin politik yang tamak kuasa.

Naib Presiden Pas itu didakwa masih mahu menjadi Ahli Parlimen Kemaman selain calon Perdana Menteri masa depan Perikatan Nasional (PN) walaupun sudah mempunyai tugas berat sebagai Menteri Besar Terengganu selain sibuk dengan tugas-tugas parti.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, dakwaan itu tidak benar dan Ahmad Samsuri sekadar menggalas amanah diberikan kepimpinan parti.

Beliau berkata, Ahmad Samsuri tidak pernah terfikir bukan sahaja untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman malah Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Redang pada 2018 yang membolehkannya menjadi Menteri Besar Terengganu.

“Saya mengenali beliau (Ahmad Samsuri secara dekat sebab kami sama-sama berasal dari Besut.

“Beliau menangis di Pejabat Agung Pas (Kuala Lumpur) kerana tidak mahu sewaktu dipilih sebagai calon (DUN) Rhu Redang (pada Pilihan Raya Umum ke-14) dan diberi hint (isyarat) akan menjadi Menteri Besar (Terengganu),” katanya ketika berceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Teluk Kalong, Kijal di sini malam tadi.

Nasrudin berkata, ia menunjukkan Ahmad Samsuri bukanlah pemimpin yang tamak kuasa walaupun ketika itu ditawarkan jawatan Menteri Besar.

Jelas beliau, calon Pas tersebut merupakan cerminan didikan dan pentarbiahan dalam Pas yang mengajar ahli dan pemimpinnya tidak memburu jawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI