fbpx

Mahkamah: Lelaki Australia didenda RM100 kencing parkir kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chih ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Tindakan seorang juruelektrik warga Australia tular yang membuang air kecil di sebuah tiang tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di Subang dekat sini minggu lalu membawa padah apabila didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Sasha Diana Sabtu menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Chih Peter, 32, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris.

Sekiranya gagal membayar denda boleh dikenakan penjara sehari. Tertuduh membayarnya.

Chih didakwa berkelakuan kurang sopan dengan membuang air kecil di tempat awam dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Kesalahan tersebut dilakukan di tempat letak kereta USJ 19 City Mall kira-kira pukul 10.51 malam.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100 mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Peguam R. Morhaneraj mewakili tertuduh dalam rayuan mitigasinya memaklumkan anak guamnya yang bekerja sebagai juruelektrik tidak dapat menahan untuk pergi ke tandas ketika berada di tempat letak kereta.

“Namun, anak guam tidak menyedari kejadian tersebut dirakam. Tertuduh adalah warga Australia yang tiba di negara ini pada 13 November lalu untuk menziarahi saudaranya,”katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran memohon hukuman maksimum susulan tertuduh dikatakan tidak beradab ketika berada di negara ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 43 saat memaparkan aksi lelaki tersebut sehingga mengundang kemarahan orang ramai. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI