fbpx

JKM Kelantan perkenal kad PPS mudahkan mangsa banjir terima bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Said (kiri) menunjukkan pek makanan segera yang disediakan JKM Kelantan untuk mangsa banjir di Depoh JKM di Kemumin, Pengkalan Chepa hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan buat julung kalinya memperkenalkan kad pusat pemindahan sementara (PPS) kepada mangsa banjir bagi mengelak berlaku keciciran agihan barangan keperluan.

Pengarahnya, Said Sidup berkata, pengenalan kad itu memudahkan mangsa banjir untuk mendapatkan bantuan peralatan yang lengkap termasuk selimut, tikar, toto dan pelbagai barangan makanan sepanjang berada di PPS

Menurutnya, agihan kad PPS itu mula diperkenalkan di Kelantan dan tiada lagi di negeri lain.

“Dengan adanya kad ini, tiada lagi keciciran semasa agihan barangan dan semua mangsa akan mendapat keperluan mereka selepas mendaftar masuk ke PPS.

“Kad itu perlu diserahkan semula kepada pegawai JKM yang bertugas di PPS apabila mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya pada sidang akhbar di Depoh JKM di Kemumin di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Said memberitahu, JKM Kelantan sedang menunggu 19,000 pek makanan segera bernilai RM340,000 sebagai tambahan untuk agihan fasa kedua.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI