fbpx

Banjir: Peruntukan RM31 juta bina pusat pemindahan tetap di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) sedang meninjau khemah mangsa banjir selepas perasmian Pusat Pemindahan Tetap Kampung Luit, Maran hari ini.

MARAN – Kerajaan Pahang sudah bersedia berdepan bencana banjir dengan memperuntukkan sebanyak RM31 juta bagi pembinaan Pusat Pemindahan Tetap (PPT) untuk mangsa banjir di lima daerah di Pahang tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek PPT yang telah dan akan dilaksanakan, iaitu Kampung Luit, Maran yang sudah pun siap dibina awal tahun ini diikuti Lipis, Kuantan, Pekan dan Temerloh bermula tidak lama lagi

“PPT merupakan projek perintis di negara ini antara usaha bersungguh serta keprihatinan kerajaan negeri untuk menempatkan penduduk yang kerap ditimpa bencana banjir setiap tahun.

“Penempatan tetap ini dibina di kawasan selamat bagi menggantikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang sebelum ini mangsa dipindahkan di masjid, balai raya dan sekolah, manakala PPT juga dilengkapi kemudahan bekalan air, tandas, pusat rawatan, stor , bekalan elektrik dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Pemindahan Tetap (PPT) di Kampung Luit, dekat sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy, PPT Kampung Luit, Maran merupakan projek penempatan mangsa yang pertama di negara ini dengan melibatkan kos pembinaan awal sebanyak RM500,000 dan kemudiannya ditokok sebanyak RM150,000 bagi melengkapkan semua kemudahan asas.

“Projek ini akan menempatkan sebanyak 24 buah keluarga ketika berlaku banjir dan PPT Kampung Luit akan beroperasi mulai minggu ini sekiranya bencana itu berlaku dengandipantau oleh pihak berkuasa beruniform, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jawatan Kuasai Bencana Alam Daerah.

“Antara kemudahan yang disediakan di PPT Kampung Luit, iaitu ruang memasak, lapan unit bilik air dan sebuah stor di samping persekitaran yang kondusif,” katanya.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai selanjutnya menambah bagi empat daerah lagi, lokasi PPT sudahpun dikenalpasti dan kerajaan negeri sedang menguruskan pengambilan tanah dan pembayaran pampasan bagi membolehkan projek tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI