fbpx

Hujan lebat di Selangor, Sabah dan Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri, pagi ini.

Menurut hantaran MetMalaysia di laman Facebook, ramalan tersebut sah sehingga pukul 12 tengah hari, hari ini.

“Di Selangor, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

“Bagi negeri Sarawak, cuaca buruk diramal berlaku di Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Kapit (Song),” katanya.

Sementara itu, di negeri Sabah, hujan diramal berlaku di Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI