fbpx

Konflik Palestin-Israel: Gencatan senjata sementara bermula esok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENTERA Israel akan meneruskan serangan di Gaza walaupun gencatan senjata dipersetujui dengan Hamas. - Foto AFP

TEL AVIV –  Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa tenteranya akan meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza walaupun gencatan senjata dipersetujui dengan Hamas, lapor agensi berita Anadolu.

“Kami sedang berperang dan perang akan berterusan sehingga semua matlamat kami tercapai. Di hadapan kami adalah keputusan yang sukar tetapi tepat. Kami tidak akan berehat sehingga semua orang dikembalikan. 

“Peperangan mempunyai peringkat dan pemulangan tebusan akan mempunyai peringkat,” kata Netanyahu.

Perjanjian itu turut menyentuh mengenai pertukaran 50 tebusan Hamas yang terdiri daripada penduduk Israel sebagai balasan kepada pembebasan 150 penduduk Palestin yang kini ditahan di penjara Israel, lapor media Israel.

Dalam pada itu, akhbar The Guardian melaporkan, sekiranya perjanjian itu berjaya dicapai, pembebasan pertama tahanan Israel dijangka bermula esok. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI