fbpx

Perubahan operasi BRT Laluan Sunway, Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway akan mengalami perubahan operasi pada Sabtu ini bermula pukul 6 petang sehingga tamat waktu operasi.

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan hari ini berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persediaan penganjuran acara larian BRT Run 2023.

Katanya, persediaan itu melibatkan sepanjang trek laluan BRT Sunway yang akan bermula dari pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam.

“Dari pukul 6 petang pada hari tersebut, perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan beroperasi di atas jalan raya dengan kekerapan setiap 45 minit.

“Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT Laluan Sunway,” katanya.

Bagaimanapun, ujarnya, terdapat beberapa stesen BRT dikecualikan iaitu USJ 7 (Hentian Bas SJ692 LRT USJ 7 (Di hadapan KK Mart), South Quay (Hentian Bas SJ67 Mydin USJ) Mentari (Hentian Bas PJ179 Sunway Mentari (Barat) dan Sunway Setia Jaya (Hentian Bas Setia Jaya (Bertentangan Stesen KTM Setia Jaya).

“Maklumat serta notis akan diletakkan di setiap stesen BRT bagi memaklumkan kepada pengguna tentang perubahan operasi serta memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan dengan lebih awal.

“Perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan kembali beroperasi seperti biasa pada pukul 6 pagi, hari Ahad (26 November),” katanya.

Para pengguna boleh memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store bagi merancang perjalanan selain aplikasi Google Maps untuk mengetahui lokasi bas, serta melayari laman web rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my untuk maklumat terkini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI