fbpx

Dua hari sekali uji enjin bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMRAN Ismail menunjukkan peta lokasi yang sering berlaku banjir di sekitar Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG – Pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang melakukan ujian ke atas enjin bot setiap dua hari sekali sebagai persiapan awal menghadapi banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, tindakan itu bagi memastikan enjin bot sentiasa berfungsi dan boleh digunakan terus untuk kerja-kerja memindahkan mangsa banjir.

Menurutnya, selain itu aset-aset lain seperti kenderaan turut diselenggara dan diuji bagi memastikan semua berada dalam keadaan baik.

“Kami akan memberikan khidmat terbaik bagi memastikan proses pemindahan berjalan dengan baik.

“Kita juga akan pastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan sebaik mungkin bagi memastikan rantaian Covid-19 berjaya diputuskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Imran berkata, secara keseluruhan, pihaknya sudah bersiap-sedia sepenuhnya untuk berdepan banjir.

Katanya, Pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang juga telah beberapa mengenalpasti lokasi yang mudah ditenggelami banjir.

“Kita turut melakukan persiapan mental dan fizikal bagi memastikan anggota bersedia untuk memulakan operasi nanti,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di Sungai Golok mendapati paras air sungai berada tahap waspada dan tidak menunjukkan peningkatan ketara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI