fbpx

Cukup susah pandu teksi sekarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBILANGAN pemandu teksi di Stesen Bas dan Teksi Changlun mengeluh ekoran ketiadaan pelanggan akibat aktiviti kereta sapu.

CHANGLUN – Pemandu teksi di sini merayu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kereta sapu yang semakin berleluasa di sekitar daerah Kubang Pasu sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Mereka mendakwa, terdapat ratusan kereta sapu sering berlegar-legar ‘mencuri’ penumpang mereka di kawasan tersebut termasuk di Stesen Bas dan Teksi Changlun sejak tahun lepas.

Mohd. Noor Majid, 66, berkata, selepas pemandu e-hailing, kini kereta sapu pula yang mengambil penumpang dalam kalangan pelajar universiti.

“Kami hilang hampir 90 peratus pelanggan kerana ulat-ulat ini. Susah untuk kami cari makan kalau keadaan ini berterusan,” katanya di sini semalam.

Rakannya, Ismail Abdul, 66, berkata, ada dalam kalangan mereka terpaksa membuat kerja tambahan seperti mengambil upah memotong rumput atau menoreh getah demi kelangsu­ngan hidup.

“Sekarang nak dapat RM50 pun susah. Hari ini saya cuma dapat satu trip sahaja sebanyak RM25, sakit kami macam ini ­kerana terpaksa ikat perut.

“Sudah lama tak makan kedai kerana nak jimat. Selalunya, kami berkongsi beli bahan masak sendiri di sini, goreng ikan temenung dan sayur sikit makan ramai-ramai itu saja yang kami mampu,” keluhnya.

Menurut Setiausaha Persa­tuan Pemandu Kereta Sewa Luar Bandar Bukit Kayu Hitam, Mohd. Nazril Ibrahim, pemandu teksi kini berada dalam keadaan tertekan kerana pelbagai masalah berbangkit, namun terpaksa meneruskan kerja itu demi menyara keluarga masing-masing.

“Kebanyakan pemandu teksi, kereta sewa sudah berusia dan sukar beralih kepada e-hailing.

“Dahulu kami ada 120 ahli tetapi kini tinggal 60 sahaja. Persatuan di tempat lain sudah bungkus kerana masalah seperti ini, harap pihak berkaitan cakna dengan masalah kami,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI