fbpx

Konflik Palestin-Israel: Briged Al-Qassam musnah 60 kenderaan tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan berperisai askar Israel dirakam di kawasan berhampiran Semenanjung Gaza pada 15 Oktober lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam berjaya memusnahkan 60 kenderaan askar Israel pelbagai jenis dalam tempoh 72 jam lalu ketika menentang tentera penceroboh itu di Semenanjung Gaza, lapor laman berita Al Mayadeen.

Menerusi rakaman audio, jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Obeida mendedahkan bahawa kenderaan tentera itu disasarkan di kawasan kejiranan selatan al-Zaytoun, kejiranan Sheikh Radwan dan al-Tawam di barat kem Jabalia serta di Beit Lahia. 

“Tiga kenderaan berperisai itu digunakan untuk membawa askar-askar Israel,” katanya.

Abu Obeida menekankan bahawa para pejuang Palestin masih terlibat dalam konfrontasi sengit dan telah menjalankan beberapa operasi khusus terhadap tentera Israel di sepanjang laluan mereka. Ia mengakibatkan korban langsung dalam kalangan askar Israel.

Tambahnya, Briged Al-Qassam menjalankan operasi penting Sabtu lalu terhadap pasukan infantri Israel di barat daya Bandar Gaza.

“Pejuang Briged Al-Qassam menyasarkan pasukan tempur darat Rejim Zionis sehingga menyebabkan kematian musuh.

“Kami mendengar jeritan dan rayuan tentera musuh,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI