fbpx

Trauma rumah dihanyut banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA KAMARUDDIN (kiri) memunggah kampit simen bagi membina rumah baharunya di Kampung La, Hulu Besut semalam.

BESUT – Kejadian rumah musnah dihanyutkan banjir besar di Kampung La, Hulu Besut di sini pada musim tengkujuh tahun lalu masih menjadi igauan ngeri buat Raja Kamaruddin Raja Mohamed, 59, sekeluarga.

Bapa kepada lapan anak itu berkata, sejak itu, dia dan keluarga dilanda resah dan trauma setiap kali hujan lebat .

“Kejadian rumah pusaka musnah dihanyutkan banjir pada ­Disember tahun lalu cukup memberi kesan kepada kami sekeluarga.

“Kami masih tiada rumah sendiri sehingga kini dan terpaksa menumpang teduh di rumah saudara mara di Kampung Bela Oh di sini sejak hampir setahun lalu,” katanya ketika ditemui di Kampung La, Hulu Besut di sini semalam.

Raja Kamaruddin berkata, dia ada membina rumah baharu, tetapi belum siap sepenuhnya ekoran kekurangan modal.

Ujarnya, sebahagian besar kos pembinaan rumah baharu itu dibiayai hasil derma orang ramai iaitu sebanyak RM12,000.

“Begitupun amaun itu masih tidak mencukupi kerana kos pembinaan rumah tersebut semakin meningkat melonjak me­lebihi RM20,000 kerana harga bahan-bahan binaan meningkat.

“Saya cuma bekerja kampung termasuk memetik petai terpaksa berjimat-cermat ­mengumpul duit untuk ­menyiapkan sepenuhnya rumah baharu kami,” katanya.

Raja Kamaruddin berkata, dia berhasrat untuk membina rumah baharu yang lebih kukuh bagi mengurangkan risiko ­dihanyutkan banjir pada masa akan datang.

Ujarnya, rumah yang sedang dibina di atas tapak asal itu juga mempunyai ketinggian kira-kira tiga meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI