fbpx

DUN Selangor: Pertimbang naik tarif air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika sesi pergulungan di sidang DUN Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan meneruskan skim pemberian air percuma kepada rakyat Selangor namun turut mempertimbangkan menaikkan tarif air bagi memastikan operasi pembekalan air bersih dapat dijalankan dengan lancar.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semua Menteri Besar termasuk negeri yang diperintah Perikatan Nasional (PN) mengakui peningkatan tarif amat penting dalam memastikan kelestarian penyampaian bekalan air tersebut.

Katanya, Johor contohnya berjaya menggantikan ribuan paip air baharu setelah kerajaan negeri itu berjaya menaikkan tarif tersebut sebelum tahun 2018.

“Pahang dan Perlis kini terpaksa menanggung hutang (menguruskan air) kerana tidak dapat menaikkan tarif air sejak 30 tahun lalu.

“Justeru, di samping memberikan air percuma, kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menaikkan tarif air,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan 2024, hari ini.

Amirudin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua memaklumkan kerajaan negeri perlu berbincang dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum tarif air itu dinaikkan.

“Selepas itu, baru kerajaan negeri akan putuskan sama ada hendak naikkan tarif air,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI