fbpx

DUN Pulau Pinang: Panas isu kaitkan Guan Eng dengan Chin Peng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Fauzi dan Guan Eng.

GEORGE TOWN – Suhu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini bertukar ‘panas’ apabila berlaku pertelingkahan antara Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) dan Ketua Pembangkang, Muhamad Fauzi Yussoff.

Ini gara-gara isu yang timbul sebelum ini di mana Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhamad yang mengaitkan Guan Eng dengan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Guan Eng yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan berkata, dakwaan yang mengaitkan beliau dengan Chin Peng itu adalah satu berita palsu dan beliau akan bertindak balas terhadap sesiapa yang mencuba untuk melakukan perkara sedemikian.

Susulan itu, Ketua Pembangkang bangun mencelah dan menunjukkan sebuah buku yang mengaitkan Guan Eng dengan Chin Peng dan beliau mendakwa buku itu dikatakan menjadi rujukan banyak pihak.

“Buku ini yang sebabkan berita palsu (berkaitan Guan Eng), adakah semua pihak setuju bahawa buku ini sepatutnya dikenakan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya dalam sesi perbahasan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.

Bagaimanapun kenyataan Muhamad Fauzi itu segera disanggah Guan Eng bahawa dia sendiri bertanya kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan bahawa beliau sendiri tidak mengetahui langsung tentang kewujudan buku tersebut.

“Saya ada bincang dengan Tok Mat, saya tanya Tok Mat dan beliau tidak tahu langsung tentang buku ini. Ketua Pembangkang dan Kepala Batas berdegil mahu gunakan tohmahan ini, adakah Pas parti yang menggunakan fitnah dan buat serangan peribadi kepada saya dan keluarga saya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI