fbpx

118 laman pelacuran disekat MCMC – Nie Ching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memaklumkan sebanyak 118 laman pelacuran telah disekat bermula 1 Januari lalu sehingga 15 November lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching berkata, tindakan tersebut telah dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berdasarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelasnya, tindakan terbabit dilaksanakan MCMC bagi menghentikan atau mencegah pelakuan kesalahan di bawah undang-undang negara berkaitan aktiviti pelacuran.

Malah katanya, tindakan diambil tidak berfokus kepada satu platform sahaja sebaliknya mencakupi pelbagai platform media sosial.

“Dari 1 Januari 2023 sehingga 15 November lalu, sejumlah 76 kandungan berkaitan pelacuran di platform-platform media sosial
termasuk Twitter telah diturunkan atas pelanggaran piawaian komuniti yang ditetapkan oleh platform media sosial terbabit serta perlakuan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang negara.

“Langkah-langkah ini akan diteruskan oleh MCMC dengan kerjasama agensi penguatkuasaan seperti PDRM, pemberi perkhidmatan internet dan penyedia platform media sosial untuk menangani
permasalahan berkaitan aktiviti pelacuran dalam talian di Malaysia,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang mahu kerajaan menyatakan langkah bagi menghentikan kegiatan pelacuran
dalam talian melibatkan anak muda di platform X atau sebelum ini dikenali
sebagai Twitter.

Mengulas lanjut, Nie Ching berkata, tindakan terhadap kegiatan pelacuran sama ada secara dalam talian atau luar talian adalah secara khusus di bawah bidang kuasa PDRM.

Ujarnya, ia tertakluk di bawah peruntukan perundangan sedia ada seperti Kanun Keseksaan (Akta 574).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI