fbpx

Konflik Palestin-Israel: 200 pesakit dipindah dari Hospital Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kanak-kanak yang cedera dirawat di Hospital Nasser di Rafah semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Kementerian Kesihatan di Gaza menyatakan bahawa seramai 200 pesakit dipindahkan dari Hospital Indonesia dengan bantuan Palang Merah, beberapa jam selepas ia diserang oleh tentera Israel.

Jurucakapnya, Ashraf al-Qudra berkata, seramai 200 orang dipindahkan dari hospital tersebut di Jabaliya dan dibawa menaiki beberapa buah bas ke Hospital Nasser di bandar selatan Gaza, Khan Yunis.

“Tentera Israel sedang mengepung Hospital Indonesia.

“Kami bimbang perkara sama akan berlaku di sana seperti yang berlaku kepada Hospital Al-Shifa,” katanya yang merujuk kepada hospital terbesar di Gaza yang diserbu oleh tentera Israel sejak Rabu minggu lalu.

Pemindahan hospital yang mempunyai 140 katil dan terletak berhampiran kem pelarian Jabaliya itu dilakukan dengan penyelarasan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

“Masih terdapat 400 pesakit di hospital berkenaan dan kami bekerjasama dengan ICRC untuk membawa mereka berpindah,” ujarnya sambil menambah, kira-kira 2,000 orang yang kehilangan tempat tinggal berada di dalam dan sekitar hospital tersebut.

Pentadbiran Gaza kendalian Hamas sebelum ini melaporkan bahawa berpuluh-puluh kereta kebal dan kenderaan berperisai dikerahkan di sekitar hospital tersebut dengan ada yang menembak ke arah kemudahan itu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI