fbpx

Tiada negara boleh tentukan pendirian Malaysia sokong Palestin – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada negara boleh menentukan pendirian Malaysia dalam menyatakan sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman zionis Israel.

Ketegasan itu disuarakan sendiri Anwar kepada Presiden AS, Joe Biden yang kebetulan berada berdepan dengannya pada sidang akhir Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Beliau berpendirian bahawa serangan ke atas Palestin perlu dihenti segera dan tidak boleh ditangguh.

“Saya tiada pilihan dan suarakan dengan tegas bahawa ada permasalahan, tatkala kita diminta untuk mengutuk Rusia soal Ukraine tetapi membisu apabila pembunuhan kejam dan keganasan (terhadap Palestin).

“Saya sebut perkataan yang agak penting, jangan lagi orang barat anggap ini sebagai hegemoni kolonial, menentukan dasar dan bentuk tindakan kita, mereka tidak boleh paksa kita tentukan pendirian kita.

“Di situlah saya nyatakan agak tegas dan saya kata mesti sekurang-kurangnya mula menghentikan serangan sekarang ‘end stop now’, kerana saya sebut satu hari tambahan (perang) bermakna masih ada anak-anak, wanita dan orang awam dijadikan mangsa korban,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai apakah hasil yang memanfaatkan negara sepanjang lawatan ke Persidangan Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi APEC di AS, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI