PASIR PUTEH – Seorang ibu tunggal dan dua anaknya menjadi mangsa banjir pertama di negeri ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka di Kampung Pachakan di sini, ditenggelami air pagi tadi akibat hujan lebat sejak semalam.
Kerja-kerja menyelamatkan tiga beranak itu dilakukan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Tok Bali pada pukul 6.31 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, lokasi rumah mangsa yang terletak di kawasan rendah sekali gus mudah ditenggelami akibat hujan lebat selain tempias fenomena air pasang besar.
“Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE