fbpx

Sindiket godam kad kredit, debit kaut RM30,000 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya menunjukkan sebahagian barang rampasan pada sidang akhbar di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Polis Pahang berjaya melumpuhkan satu sindiket menggodam kad kredit dan debit yang mengaut keuntungan sehingga RM30,000 sehari melibatkan mangsa dari negara Timur Tengah dengan penahanan dua individu, baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kedua-dua suspek ditahan pada 17 November lalu dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di sekitar Kuantan.

Katanya, serbuan terbabit dilakukan berdasarkan maklumat diterima dan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selama dua minggu.

“Hasil serbuan tersebut kita telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 23 tahun berasal dari Pelabuhan Klang, Selangor dan seorang lelaki warga China berusia 24 tahun.

“Kita turut merampas tiga set komputer yang digunakan untuk menggodam laman sesawang kad kredit dan debit dengan menggunakan server luar negara, 94 buah pelbagai model telefon bimbit jenis iPhone bertujuan menyimpan data kad kredit dan debut di aplikasi wallet, dan dua USB pembekal tenaga,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI