fbpx

Petronas Gas rekod PAT RM1.4b

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz Othman

PETALING JAYA – Petronas Gas Berhad menutup tiga suku tahun pertama 2023 dengan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM1.4 bilion, meningkat 10.7 peratus daripada RM1.2 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2022.

Prestasi kukuh itu didorong oleh keuntungan sebelum cukai (PBT) yang lebih tinggi dan ketiadaan Cukai Makmur yang ditanggung pada tahun kewangan 2022.

Ia menunjukkan daya tahan Kumpulan dalam keadaan pasaran yang mencabar, di belakang kontrak jangka panjang bawah segmen Pemprosesan Gas, Pengangkutan Gas dan Penggasan Semula, disokong oleh prestasi operasi bertaraf dunia yang konsisten.

Untuk suku ketiga tahun kewangan 2023, hasil Petronas Gas meningkat 7.4 peratus kepada RM4.8 bilion berbanding RM4.5 bilion yang direkodkan pada suku sama tahun lepas, disumbangkan terutamanya oleh hasil lebih baik daripada segmen utiliti, sejajar dengan harga produk lebih tinggi.

Kumpulan turut mengisytiharkan dividen interim sebanyak 18 sen sesaham, bersamaan dengan RM356.2 juta, sama seperti suku serupa tahun lepas.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Aziz Othman berkata, prestasi kewangan yang kukuh untuk tiga suku pertama tahun kewangan 2023 menyerlahkan kesinambungan fokus Kumpulan pada meningkatkan kecekapan operasi dan mengoptimumkan kos, memastikan daya tahan perniagaan walaupun tarif Tempoh Kawal Selia (RP2) kedua yang lebih rendah dan keadaan pasaran mencabar.

“Kami komited untuk meningkatkan kebolehpercayaan, keselamatan dan keberkesanan kos operasi kilang kami, memastikan hasil yang mampan dengan margin yang sihat.

“Fokus kami kekal pada mengejar peluang untuk pertumbuhan dan mencipta nilai mampan, sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

“Memandang ke hadapan, Kumpulan sedang giat beralih ke portfolio yang lebih hijau, dengan menekankan kepada sumber boleh diperbaharui serta penangkapan dan penyimpanan karbon, sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050,” katanya dalam satu kenyataan semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI