fbpx

Ibu berpantang terpaksa pindah akibat banjir, bayi ditahnik di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZMAN (kanan) mendukung Usamah sebelum mentahniknya di PPS SK Changkat Lobak, Bagan Serai hari ini.- Foto Wat Kamal Abas,

BAGAN SERAI – Seorang bayi lelaki berusia 22 hari menjadi penghuni paling muda di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di sini sejak dibuka Ahad lalu akibat banjir.

Ibu kepada bayi tersebut, Nor Azmaliza Jamaluddin, 29, berkata, dia melahirkan anak keempatnya, Usamah Mohd. Amin itu secara pembedahan di Hospital Taiping 4 November lalu.

“Saya dan anak-anak pulang ke rumah ibu bapa di Kampung Tengah pada bulan Oktober lalu untuk melahirkan anak serta berpantang di sini kerana suami bekerja di Sungai Buluh.

“Saya tidak menyangka pada hari ke-18 berpantang, kami sekeluarga terpaksa berpindah ekoran air banjir yang naik di kawasan rumah akibat hujan lebat,” katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, walaupun menghadapi sedikit kesulitan ketika berpantang di PPS SK Changkat Lobak, namun jururawat Klinik Kesihatan ada datang membuat pemeriksaan kesihatan diri serta bayi lelakinya.

“Pagi ini pihak kesihatan datang buat pemeriksaan dan dia juga menasihatkan saya untuk membawa bayi mendapatkan rawatan di Hospital Taiping kerana tidak mahu dia terdedah kepada sebarang jangkitan ketika berada di PPS ini,” katanya.

Usamah turut ditahnik Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria yang datang melawat 22 keluarga mangsa banjir di PPS tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI