fbpx

Sejarah biarlah jadi sejarah, kami Harimau Malaya baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON percaya anak-anak buahnya semakin bernafsu selepas mencipta sensasi pada perlawanan pertama menentang Kyrgyzstan menjelang aksi kedua Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 malam ini.

PENGENDALI negara, Kim Pan-gon memberi bayangan bahawa beliau sudah cukup ‘masak’ dengan kualiti yang ada pada Taiwan dan kini terserah kepada barisan pemain untuk merealisasikan misi tiga mata pada aksi kedua Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 malam ini.

Walaupun sedar kualiti dan rekod lampau berpihak kepada Taiwan, Pan-gon kekal positif kerana percaya anak-anak buahnya kini makin bernafsu selepas mencipta sensasi pada perlawanan pertama, minggu lalu.

“Selepas memperoleh keputusan baik di gelanggang sendiri menentang Kyrgyzstan, kini kami akan berdepan aksi pertama di tempat lawan dan sudah pasti ia akan jadi perlawanan penting buat kami untuk lunaskan misi mara ke pusingan seterusnya.

“Saya tahu rekod Malaysia tidak begitu baik di Taiwan dan saya juga sedar kekuatan mereka ketika bermain di tempat sendiri. Tetapi sejarah biarlah jadi sejarah, kami kini adalah pasukan baharu, jurulatih juga baharu dan ia juga perlawanan berbeza.

“Kami tetap hormati Taiwan, namun jika kami mahu jadi 18 pasukan terbaik di Asia, kami tidak boleh berundur dan kena berusaha untuk dapatkan keputusan baik,” katanya.

Pada aksi persabahatan terakhir di tempat lawan pada 2018, Harimau Malaya tewas 2-0, malah tiga perlawanan di ge­langgang sendiri sepanjang 2023 menyaksikan Taiwan mencatatkan satu kemenangan dan dua seri termasuk mengikat gergasi Asia Tenggara, Thailand 2-2 pada Jun lalu.

Jurulatih dari Korea Selatan itu juga menjelaskan, barisan pemainnya kini berada dalam mood positif untuk berdepan tekanan berbanding pasukan tuan rumah.

“Saya tahu banyak perkara mengenai Taiwan, pemain mereka berdisiplin, memiliki kekuatan fizikal. Jadi, kami akan gunakan setiap maklumat itu sebaik mungkin dan saya dapat lima pemain kami lebih bermotivasi serta ada kemahuan untuk layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI