fbpx

Smart #1 dilancarkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EV Smart #1 yang bakal dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan esok.

PETALING JAYA – Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (Pro-net) dan Smart menjemput rakyat Malaysia menyaksikan pelancaran generasi baharu kenderaan elektrik (EV) Smart #1 secara maya esok, 21 November 2023.

Katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama baru-baru ini, siaran langsung acara pelancaran bermula pada pukul 4 petang di halaman Facebook rasmi smart Malaysia.

“Ia adalah jemputan untuk merasai teknologi terkini, reka bentuk premium, dan keterhubungan yang sempurna – semuanya terkandung dalam sebuah SUV (kenderaan utiliti sukan) premium yang unik. 

“Direka oleh Mercedes-Benz dan dihasilkan oleh Geely, Smart #1 mewakili inovasi dalam industri automotif.

“Smart Malaysia bersedia untuk mengumumkan harga dan kelebihan eksklusif kenderaan elektrik Smart #1, yang mana pasukan pakar akan memperkenalkan ciri-ciri istimewa dan teknologi terkini kenderaan premium ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI