PETALING JAYA – Cuaca sejuk tidak menjadi penghalang buat kanak-kanak di Gaza daripada membantu haiwan-haiwan terbiar yang mengalami nasib sama seperti mereka.
Melalui hantaran @aishahshahid di aplikasi X, musim sejuk yang melanda Gaza antara bulan Oktober hingga Februari setiap tahun merupakan musim yang paling menakutkan.
“Sekarang dah masuk musim sejuk di Gaza. Hujan pula turun tidak berhenti.
“Walaupun sejuk, mereka sanggup hangatkan kucing-kucing terbiar walaupun mereka sendiri sedang kesejukan,” katanya.
Video yang tular itu telah menyentuh hati para pengguna sehinggakan rata-ratanya bertindak mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.
“Ya Allah, rasa nak peluk anak-anak ini, sedih betul,” kata Lesya.
“Rasa tak bersyukur. Malam-malam kita tidur berkipas. Tetapi mereka?,” kata Wu.
“Dengan anak kucing pun kanak-kanak ini mempunyai sikap empati. Macam mana Israel boleh rasa terancam dengan anak-anak ini?,” kata seorang pengguna.
Kini, hantaran tersebut telah menerima 24,000 tanda suka dan 546,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE