fbpx

Mangsa banjir Terengganu meningkat 325 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu hari ini. FOTO PUQTRA HAIRRY

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu semakin meningkat kepada 325 mangsa daripada 106 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Setiu menjadi daerah terbaharu terjejas banjir.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu empat di Kuala Nerus, Kuala Terengganu (dua) dan Setiu (satu).

“Seramai 176 mangsa daripada 65 keluarga berada di empat PPS manakala
dua PPS pula dibuka di Kuala Terengganu dengan menempatkan 141 mangsa daripada 38 keluarga.

“Setiu pula mempunyai satu PPS yang menempatkan lapan mangsa daripada tiga keluarga,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat JPBN Terengganu berkata, hujan masih turun di beberapa tempat di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI