fbpx

Pemilik rumah dengar perompak berdengkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang ditahan selepas wanita itu menemuinya tidur di dalam bilik. - Weibo

BEIJING – Seorang perompak di China baru-baru ini menjadi bahan ketawa dalam talian selepas ditangkap sedang tidur ketika merompak sebuah rumah, lapor portal berita Asiaone hari ini.

Lelaki bernama Yang itu dilaporkan memecah masuk ke dalam sebuah rumah di Yunnan melalui tingkap yang terbuka pada malam 8 November lalu.

Apabila mendengar suara di dalam rumah itu, Yang beranggapan bahawa penghuninya masih tidak tidur. Dia memutuskan untuk merokok di dalam sebuah bilik sambil menunggu mereka tidur.

Bagaimanapun, Yang dilaporkan tertidur kerana menunggu terlalu lama.

Pemilik rumah tersebut, Tang sedang tidur bersama anaknya apabila bunyi dengkuran yang kuat mengejutkannya. Dia tidak menghiraukannya kerana menyangka bunyi itu datang dari rumah jiran.

Selepas 40 minit kemudian, Tang mendengar dengkuran itu semakin kuat ketika mencuci botol susu anaknya. Dia menyedari bunyi itu datang dari bilik lain di rumahnya.

Apabila membuka pintu bilik tersebut, Tang terkejut melihat Yang tidur dengan nyenyak di atas lantai. Dia segera meninggalkan bilik dan membuat laporan polis.

Polis kemudian menahan Yang dan mendedahkan bahawa lelaki itu beberapa kali melakukan jenayah. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI