fbpx

Penembak Ukraine tembak askar Russia dari jarak 3.7 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rekod itu dipecahkan menggunakan raifal Horizon's Lord. - Twitter

KIEV – Seorang penembak tepat Ukraine mencipta rekod baharu dunia selepas membunuh seorang askar Russia dari jarak 3.7 kilometer, lapor akhbar The Sun semalam.

Rekod dunia kategori tersebut sebelum ini disandang oleh seorang penembak tepat pada jarak 3.5 kilometer dalam operasi khas Kanada di Iraq pada 2017. 

Rakaman kejadian memaparkan seorang askar Kremlin rebah ke tanah selepas penembak tepat Ukraine itu melepaskan tembakan dari jarak jauh.

“Penembak tepat Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) memecah semula rekod dunia, mempamerkan kebolehan tiada tandingan untuk beroperasi dengan berkesan pada jarak luar biasa,” kata SBU.

Tembakan itu dibuat menggunakan sepucuk raifal antimaterial sepanjang 6 kaki (1.8 meter) diberi nama Horizon’s Lord.

Direka oleh kilang senjata Mayak di Ukraine, Horizon’s Lord boleh digunakan pada jarak lebih jauh dan trajektori lebih rata, lapor laman The Firearm Blog.

Raifal itu juga dikatakan mudah dibawa dan diangkut di perang kerana ia dibina mengikut spesifikasi yang ketat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI