fbpx

Amaran hujan berterusan di Kota Bharu, Kuala Terengganu hingga Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Taman Murni Permai, Tok Jembal, Kuala Nerus meredah banjir untuk ke tempat selamat hari ini. -FOTO PUQTRA HAIRRY

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan laporan amaran hujan berterusan peringkat buruk di Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh. bagi Kelantan

“Di Terengganu pula membabitkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang yang berlarutan sehingga 22 November ini,” katanya.

Bagi peringkat waspada, MetMalaysia berkata, ia membabitkan Kedah di daerah Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama dan Manjung) serta Pulau Pinang bagi tempoh sama.

“Kategori sama turut diramal berlaku di Jeli dan Kuala Krai sementara di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang pula adalah Kuantan.

“Bagi Sabah, amaran waspada dikeluarkan di kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” ujarnya.

Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI