fbpx

Cuba pemetik api punca pasar raya terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran tersebut memusnahkan keseluruhan pasar raya di jalan Lat Phrao-Wang Hin Soi 22. – KhaoSod

BANGKOK, Thailand – Sebuah pasar raya di Chok Chai, wilayah Nakhon Ratchasima hangus dijilat api selepas seorang pelanggan menyalakan pemetik api untuk mencuba peralatan itu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam kejadian pukul 9 pagi (waktu tempatan) semalam, pihak berkuasa dan pasukan penyelamat bergegas ke bangunan dua tingkat menempatkan premis tersebut sejurus menerima panggilan kecemasan.

Api yang pada mulanya tercetus di aras bawah sebelum merebak ke tingkat atas, berjaya dipadam selepas kira-kira 30 minit kemudian. Namun, kebakaran itu memusnahkan keseluruhan pasar raya tersebut.

Seorang jurujual wanita mengalami sesak nafas dan melecur pada lengan dan kakinya sebelum dibawa ke hospital terdekat.

Siasatan awal mendapati bahawa sebelum kejadian, seorang pelanggan menyalakan pemetik api yang dijual sebelum ia tiba-tiba menyambar hiasan reben di kedai itu.

Api merebak dengan pantas dan pelanggan terbabit melarikan diri.

Polis sedang memburu pelanggan berkenaan, manakala nilai kerugian masih disiasat. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI