fbpx

Selangor antara negeri dilanda ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Klang, Selangor sehingga 5 petang.

Menerusi kenyataan MetMalaysia di akaun rasmi Facebook, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak.

“Di Selangor, cuaca buruk itu dijangka berlaku di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

“Manakala di Sarawak pula, negeri Kuching, Samarahan (daerah Samarahan dan Asajaya) dan Limbang juga bakal dilanda ribut petir,” katanya.

Mengulas lanjut, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI