Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 magnitud dilaporkan berlaku di Samar, Filipina pada pukul 12.57 tengah hari, hari ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, pusat gempa bumi itu terletak 11.8 darjah utara dan 125.4 darjah timur dengan kedalaman 97 kilometer (km).
“Ia dengan jarak 45km timur dari Pulau Samar, Filipina. Bagaiamanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” ulasnya. – KOSMO! ONLINE