fbpx

Suara ‘rosak’, suntik steroid, Noryn Aziz kena ‘anxiety’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORYN AZIZ mengakui berdepan satu fasa yang stres sepanjang berada dalam GV10.

SHAH ALAM – Hilang suara sejak awal minggu lalu, penyanyi Noryn Aziz sebenarnya terpaksa mengambil suntikan steroid bagi memulihkan masalah peti suaranya.

Katanya Noryn, 46, suaranya mula berubah menjadi terlalu serak dan keadaannya bertambah teruk sehingga memaksa dirinya berjumpa dengan pakar perubatan.

“Mungkin sudah terlalu stres untuk pertandingan ini sehingga saya perlu mengambil suntikan steroid dan Allah SWT juga mungkin kata sudah-sudahlah (berhenti bertanding), sebelum jadi ting-tong (gila).

“Saya terpaksa ambil steroid pada minggu lalu, sebelum ini tidak pernah pun sebab suara sudah terlalu serak dan hampir hilang,” katanya selepas konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (GV10) di sini, semalam.

Berkongsi mengenai dakwaan dilihat kerap menggigil ketaranya pada bahagian tangan setiap kali membuat persembahan, penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu rentak R& B itu mengakui tidak terlepas daripada mengalami keresahan atau anxiety.

“Perasan ya tangan saya menggigil? Sebenarnya kerap juga saya alami anxiety sepanjang bertanding GV10.

“Tangan saya memang akan menggigil tetapi agak sukar nak jelaskan situasi tersebut. Kepala saya juga akan rasa pening sedikit seperti tidak stabil,” kongsinya ringkas.

Sementara itu, pemilik nama penuh Norazmahwati Abdul Aziz turut mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran dan jemputan nyanyian daripada syarikat gergasi demi memberi fokus di GV10.

Namun, dia tidak pernah berasa kecewa apatah lagi terkilah kerana perlu menolak rezeki tersebut.

“Tidak rasa ralat pun sebab saya sentiasa percaya dengan rezeki Allah.

“Saya yakin walaupun sudah tolak jemputan nyanyian tersebut, akan ada hikmah lain yang Tuhan sudah aturkan,” jelasnya yang mengakui kecewa apabila diumumkan tersingkir sebelum melangkah ke peringkat suku akhir minggu depan.

Terdahulu, nama Noryn diumumkan menjadi bintang ketujuh yang tersingkir dalam program tersebut selepas memperoleh markah 55.25% menerusi persembahannya membawakan lagu Tegar nyanyian asal Datuk Seri Rossa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI