fbpx

Wang deposit dibeku, tetamu dituduh punca dinding ‘homestay’ rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian individu tersebut di kumpulan Facebook, Tukang Apa Hari Ini.

PETALING JAYA – Seorang individu berkongsi pengalaman pahitnya ketika menginap di sebuah inap desa baru-baru ini apabila wang deposit dibekukan oleh pemilik gara-gara dituduh merosakkan dinding rumah tersebut.

Dia yang berkongsi perkara tersebut menerusi kumpulan Facebook, Tukang Apa Hari Ini meluahkan rasa kecewa kerana diperlakukan sedemikian sedangkan hanya menggunakan rumah tersebut untuk tidur sahaja.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut memuat naik gambar yang dikongsikan pemilik memaparkan permukaan pada dinding rumah tersebut menggelembung dan sedikit kesan berlubang sehingga menyebabkan cat tertanggal.

“Salam nak tanya biasa benda ini (cat gelembung, dinding rosak) jadi sebab apa ya? Sebab hari itu saya ada ‘check in’ homestay (inap desa). Tapi bila ‘check out’ dia (pemilik rumah) kata kami buat kerosakan ini.

“Sedangkan masa kami duduk tak perasan langsung benda ini. Sebab kami duduk ‘homestay’ pun cuma untuk rehat. Kami keluar 6.30 pagi balik pukul 10 malam terus tidur.

“Kerosakan ini pun kami tak perasan di mana. Boleh jadi ke dalam dua hari kami duduk boleh jadi kerosakan ini?,” soalnya yang meminta pendapat pengguna Facebook lain.

Ketika disoal netizen tentang respond tuan rumah terbabit, individu tersebut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp nya bersama pemilik.

Menerusi tangkap layar berkenaan, pemilik memaklumkan pihakya perlu memanggil kontraktor untuk mengenal pasti kerosakan dinding itu terlebih dahulu dan pemulangan wang deposit terpaksa ditangguhkan sehingga pemeriksaan selesai.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti ahli kumpulan Facebook itu mendakwa bahawa pemilik sengaja ‘memerangkap’ pelanggannya dan tidak mahu mengeluarkan modal sendiri baik pulih kerosakkan dinding tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berpandangan kerosakkan pada dinding terbabit terjadi secara semula jadi disebabkan berlakunya lembapan.

“Biasa nak jadi macam itu makan masa yang lama…silap-silap masa cat pun dah buleh tahu. Buat sahaja
aduan baru dia ada akal silap-silap SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) pun tak ada untuk buat ‘homestay’,” komen seorang pengguna.

“Dinding dalam dah ada kesan crack (retak) nampak kesan pada cat. Bila hujan dari luar atau ada curahan, air akan masuk celah-celah keretakkan dan merosakkan cat, ini kes lama, owner (pemilik) sengaja tak nak keluar modal sendiri,” tegur pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI