fbpx

Kereta api langgar bas mini, 11 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 8 Jun 2022 menunjukkan sebuah kereta api di landasan di bandar Surabaya. – AFP

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan sebilangan yang lain cedera dalam pelanggaran kereta api dan bas mini di sebuah lintasan di timur Pulau Jawa semalam, kata seorang pegawai.

Kereta api berkenaan menuju ke bandar pelabuhan Surabaya apabila ia melanggar sebuah bas mini membawa 12 penumpang di sebuah lintasan di bandar Lumajang, Jawa Timur sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan), lapor Kompas TV.

“Seramai 10 orang meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi di pusat kesihatan masyarakat selepas menerima rawatan,” kata pemangku ketua daerah Lumajang, Indah Wahyuni  kepada Kompas TV.

Menurutnya, empat orang termasuk seorang kanak-kanak masih dirawat di sebuah hospital tempatan namun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka memiliki pertalian darah.

“Ketika kejadian, lintasan itu tidak mempunyai palang, jadi tiada isyarat yang boleh memberikan maklumat kemunculan kereta api kepada pemandu bas,” kata wartawan Kompas TV selepas kemalangan ngeri itu.

Beberapa gambar menunjukkan bas mini berwarna biru itu terbalik dengan mangsa-mangsa dibawa di atas usungan.

Pegawai syarikat PT Kereta Api Indonesia, Yuli Prastyo berkata, kereta api itu meneruskan perjalanannya selepas nahas berlaku.

Kemalangan pengangkutan biasa terjadi di Indonesia di mana bas, tren dan pesawat tidak diselenggara dengan rapi

Dalam tahun 2015, pelanggaran antara kereta api penumpang dan bas mini di sebuah lintasan kereta api telah mengorbankan 16 orang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI