fbpx

‘Wahab, Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JURI Famili Duo 3, Mas Idayu mengusik Shila Amzah dengan adiknya, Syahir sebelum memberikan komen persembahan mereka.

SHAH ALAM – “Wahab, Wahab, Wahab kat rumah ye”.

Demikian usikan juri Famili Duo musim tiga (FD3), Mas Idayu sebelum mengulas persembahan duo adik beradik, Shila dan Syahir Amzah pada konsert minggu keenam program realiti pertandingan itu, malam ini.

Pasangan tersebut membawakan lagu ciptaan dan nyanyian asal Allahyarham M.Shariff berjudul Keindahan Pantai yang kini tular dalam aplikasi TikTok.

Dendangan itu cukup melekat di telinga khalayak selepas dijadikan ‘troll’ atau bahan jenaka dalam laman sosial apabila menyebut seakan-akan nama individu dalam kontroversi perbualan sejenis didakwa lucah yang hangat diperkatakan sejak kelmarin.

Menyedari juri yang lantang memberikan komen itu mengaitkan lagu terbabit dengan kisah sensasi semasa, Studio Ntv7 Glenmarie bergema dengan tawa penonton.

Selain Keindahan Pantai, Shila dan Syahir yang turut membawakan lagu Tak Mengapa (Datuk A. Rahman Hassan) mengikut tema Retro minggu ini meraih pujian kedua-dua juri termasuk Ajai.

Adik-beradik yang sebelum ini kerap menerima kritikan terutama vokal Syahir sehingga berada di tangga tercorot minggu lalu disifatkan sangat menyerlah malam ini.

Mereka mendapat markah penuh 10 mata daripada Mas Idayu dan Ajai.

Peserta duo lain pada edisi kali ini ialah pasangan sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, selain suami isteri iaitu Tom dan Fuad Rahman; manakala duo adik beradik lain adalah Ryan Bakery dan Adam serta Adira Suhaimi bersama Emma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI