fbpx

Pasukan Gerak Cepat MTL sedia aset khas hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahab (empat dari kiri) bersama para penerima sijil 30 tahun di Ibu Pejabat JBPM Kedah, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah membentuk beberapa kumpulan dikenali sebagai Gerak Cepat Monsun Timur Laut (MTL), sebagai persiapan untuk berdepan kemungkinan bencana banjir di seluruh negara.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, pasukan tersebut dilengkapi dengan pelbagai aset khas dan ditempatkan mengikut zon-zon tertentu yang strategik.

Sebagai contoh katanya, pasukan bagi zon Pantai Timur ditempatkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Terengganu, manakala pasukan zon selatan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Johor.

“Untuk zon utara pula, pasukan tersebut akan ditempatkan di Pangkalan Udara JBPM di Bertam, Pulau Pinang manakala di Borneo, mereka ditempatkan di Miri, Sarawak.

“Mereka telah dipersiapkan bagi membantu pemindahan mangsa yang terkepung akibat banjir selain menghantar bekalan makanan ke lokasi diperlukan, khususnya di pedalaman,” katanya, selepas Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sijil 30 Tahun JBPM Kedah, di Ibu Pejabat JBPM Kedah, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI