fbpx

Brad Pitt akhirnya mengaku jumpa pengganti Angeline Jolie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRAD PITT

SELEPAS setahun bersama, pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt akhirnya mengaku bahawa Ines de Ramon yang juga bekas isteri kepada aktor, Paul Wesley adalah kekasihnya.

Kata pelakon berusia 59 tahun itu, dia kini tidak perlu lagi menyembunyikan rahsia tentang hubungan mereka.

“Benar, saya dan Ines de Ramon adalah pasangan kekasih. Kami berdua sangat bahagia dan gembira sekarang,” ujarnya menerusi majalah People.

Bagaimanapun, bekas suami kepada aktres Angelina Jolie itu tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya itu dalam masa terdekat.

Sebelum ini, gosip tentang hubungan mereka mula mendapat perhatian media selepas kedua-duanya dilihat sama-sama menonton konsert Bono di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 14 November tahun lalu.

Ketika gambar mereka dirakam, kedua-duanya dilihat saling berpegangan tangan dan mesra seperti pasangan hangat bercinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI