fbpx

Penat! 45 kali hadap banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah Mohammad yang dinaiki air pada Januari lalu.

SEGAMAT – Setiap kali hujan lebat tanpa henti dan paras air Sungai Segamat meningkat, penduduk Kampung Seberang Batu Badak di sini hidup dalam ketakutan dan mula mengemas barangan bagi menghadapi bah.

Situasi itu turut mendorong salah seorang penduduk, Mohammad Yahya, 50, membina loteng di rumahnya sebagai langkah persediaan kerana kedudukan rumah kira-kira 12 meter dari tebing Sungai Segamat.

“Pada tahun ini sahaja rumah saya tiga kali dinaiki air sehingga habis harta benda musnah. Seumur hidup saya, sekurang-kurangnya 45 kali banjir besar dan banjir termenung saya sudah lalui.

“Pengalaman terburuk pada 2015 dan awal Januari lalu apabila rumahnya 95 peratus ditenggelami banjir,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Mohammad, dia bersama ibu serta tiga adik-beradik akan mula berkemas
setiap kali hujan turun tanpa henti selama dua hari dan paras air Sungai Segamat semakin meningkat.

“Kami akan mula memindahkan semua barangan penting seperti pakaian, tilam, bantal dan dokumen penting ke ruangan loteng yang dibina khas di bahagian sebelah rumah.

“Ruangan loteng inilah alternatif utama penyelamat barangan penting kami setiap kali berlakunya banjir di kampung ini,” katanya yang juga merupakan nelayan air tawar.

Sementara itu, ibu Mohammad, Maheran Adon, 78, berkata, rumahnya menjadi antara yang terawal dinaiki air dan terakhir surut selain keluarganya pernah menjadi penghuni pusat pemindahan sementara (PPS) selama sebulan pada 2015 dan tiga kali setahun.

“Banjir berlaku akibat hujan lebat yang turun selama empat hari berturut-turut dan lebih buruk lagi air lambat surut kerana fenomena banjir termenung.

“Semasa banjir besar 2015 dan awal Januari lalu, saya tidak sempat menyelamatkan diri dan terperangkap di dalam rumah sebelum diselamatkan,” kongsinya.

Caption: Keadaan rumah Mohammad yang dinaiki air pada Januari lalu. Gambar dalam bulatan: loteng yang dibina bagi menyimpan barang keperluan di rumahnya di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI