fbpx

PRK Kemaman: Pengundi perlu pecahkan ‘telur’ di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD MASLAN ketika membuat tinjauan barangan keperluan harian di sebuah pasar raya di Bandar Pontian, hari ini.

PONTIAN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember depan perlu digunakan pengundi untuk meletakkan satu-satunya wakil Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) di Terengganu.

Ahli Majlis Kerja UMNO (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengundi perlu berfikiran matang dengan tidak menghiraukan sentimen kononnya rakyat Terengganu masih dengan ‘mood’ untuk mengekalkan rekod 40-0 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Apa faedahnya hendak kekalkan ‘telur’ di Terengganu. Tiada faedah pun. Sekiranya calon Pas iaitu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, kawasan berkenaan masih pembangkang di peringkat kerajaan Pusat.

“Pada pandangan saya, pembangunan yang ada di Kemaman ketika ini, banyak dilaksanakan ketika BN memerintah sebelum ini,”katanya selepas mengadakan tinjauan bekalan barangan keperluan di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan I mengingatkan pengundi Parlimen Kemaman supaya menjadikan kawasan itu sebagai jambatan penghubung di antara Terengganu dengan Kerajaan Perpaduan.

“Jangan ‘dibakar’ satu-satunya jambatan perhubungan ini. Gunakan peluang ini, jika tidak perlu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI