fbpx

Berjaga lewat malam tadah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azahar menunjukkan air yang ditadah untuk kegunaan harian ketika ditemui di rumahnya di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang semalam. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kira-kira 500 keluarga di Taman Agropolitan Rantau Manis di sini, resah dengan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku di kawasan perumahan itu sejak dua tahun lalu.

Mereka mendakwa terpaksa berjaga tengah malam untuk menadah air memandangkan bekalan pulih pada waktu tersebut selain membeli tangki besar bagi yang berkemampuan.

Penduduk, Wan Azahar Wan Abdullah, 33, berkata, masalah itu sudah berlarutan selama hampir dua tahun, namun sehingga kini tiada penyelesaian diambil oleh pihak berkuasa.

“Masalah ini menjejaskan aktiviti harian. Kami pernah terputus bekalan air dari pagi sampai malam. Jika pulih pun, tekanan air sangat rendah makan masa lama untuk penuhkan satu baldi.

“Biasanya tekanan air kuat sedikit pada tengah malam hingga subuh. Sampai bila kami mahu berjaga setiap malam hanya untuk menadah air?” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi penduduk, Siti Norzalila Shari, 37, memberitahu, dia mengeluarkan kos sendiri untuk membeli tangki dan baldi bagi menyimpan air bersih.

“Setiap bulan kami menjelaskan bil air, tetapi perkhidmatan tidak seberapa dan tidak memuaskan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim berkata, beliau akan mengemukakan masalah tersebut pada Sidang Dewan Undangan Negeri minggu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI