fbpx

Ibu tunggal, kekasih dicekup edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU tunggal bersama kekasih dan rampasan dadah yang dilakukan sebuah pusat peranginan di Sekinchan, Selangor.

SABAK BERNAM – Kegiatan seorang ibu tunggal dan kekasihnya mengedar dadah sejak lima tahun lalu berakhir selepas diberkas di sebuah pusat peranginan di Sekinchan di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam, kedua-dua suspek yang ditangkap berusia 27 dan 31 tahun.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam , Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, semasa serbuan dilakukan didapati kedua-dua suspek sedang berbual-bual di sebuah bilik penginapan resort tersebut.

“Hasil pemeriksaan menemui dadah jenis heroin seberat 284.9 gram (g) dan syabu 139.3 g serta wang tunai bernilai RM 1,900 yang disembunyikan di dalam sebuah beg kecil serta kotak telefon bimbit.

“Keseluruhan rampasan dadah termasuk wang tunai dianggarkan RM 18,756,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, dadah tersebut dipercayai untuk edaran pasaran sekitar Sekinchan, Sungai Panjang dan Sungai Besar di sini.

Tambah Agus, wanita itu yang menjadi dalang pengedaran itu juga telah menjadi penagih dadah sejak 10 tahun lalu.

Sementara, teman lelaki terlibat penagihan dadah lima tahun lalu.

“Kekasih wanita itu bertindak sebagai pembantu bagi mengedarkan dadah,” katanya.

Jelas beliau, hasil semakan rekod mendapati pasangan kekasih itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-K!ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI