JOHOR BAHRU – Tindakan seorang wanita yang mengaku dirinya merupakan berketurunan dan warganegara Kemboja bergurau menyatakan orang Melayu pemalas menerima kecaman daripada pengguna laman sosial terutamanya di TikTok.
Vidoe yang berdurasi satu minit tujuh saat itu dirakam seorang lelaki yang menunjukkan seorang wanita sedang mengadakan pentstriman langsung di dalam sebuah gedung pakaian muslimah.
Difahamkan, wanita itu didakwa merupakan seorang pemilik gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor.
Menerusi rakaman video berkenaan, seorang lelaki bertanyakan kepada wanita itu samada dia adalah seorang warganegara Kemboja bagi menjawab pertanyaan pengguna laman sosial.
“Iyalah memang saya orang Kemboja, apa kena mengena kalau kita orang Kemboja dengan orang Malaysia. I (saya) memang orang Kemboja, I dilahirkan di Kemboja tapi I dibesarkan di Malaysia.
“So (jadi) ada apa-apa, kalau orang Kemboja memang pandai meniaga kan, betul tak orang Kemboja memang rajin nak dibandingkan dengan orang Melayu malas,” kata wanita itu.
Namun diakhir rakaman video berkenaan wanita itu menyatakan dia hanya bergurau berkata demikian dengan berkata orang Melayu atau Kemboja tiada beza.
Ujarnya, apa yang penting seseorang itu perlu rajin untuk mencapai sesuatu apa yang diinginkan.
“Selagi you (awak) rajin, you akan dapat apa yang you nak, tapi kalau you malas tak dapatlah apa yang you nak, lepas itu mengharapkan orang, memang habislah,”katanya.
Susulan kenyataan yang tersebar itu, ramai pengguna laman sosial TikTok melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan itu seolah-olah menghina orang Melayu.
Seorang aktivis turut membongkarkan kegiatan pemilik kilang jahit pukal itu yang mendakwa menggajikan tukang jahit dari Pakistan.
Dakwa aktivis itu, kerajaan tidak pernah mengeluarkan visa atau kebenaran kepada warga asing dari Pakistan yang bekerja dalam sektor tekstil di negara ini.
Lelaki itu menggesa supaya pihak berkuasa bertindak menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
Dalam pada itu, pemilik kilang jahit pukal itu tampil membuat permohonan maaf terhadap kekhilafan yang telah dia lakukan.-KOSMO! ONLINE
@firdausrushdi madam sape ni? 🥲#tiktokmalaysia #tiktokkelantan #tiktokkelate #trending #forfun #viral #tiktokindonesia #fypシ #fyp ♬ original sound – firdausrushdi