PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri, malam ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.
“Bagi negeri Selangor, MetMalaysia meramalkan cuaca buruk di Sepang, malam ini.
“Manakala di Negeri Sembilan, hujan lebat dijangka berlaku di Port Dickson,” katanya.
Bagi negeri Johor, cuaca buruk diramal di Pontian, Kulai dan Johor Bahru. Sementara itu, di Sabah, hujan lebat diramal melanda Pedalaman (Sipitang).
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE