fbpx

Reen Rahim dedah mesej lucah daripada netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reen Rahim

PETALING JAYA – Pelakon Reen Rahim mengakui letih untuk menyekat akaun segelintir netizen yang kerap menghantar mesej dan membalas komen berbaur lucah kepadanya dalam media sosial.

Luahan rasa tersebut ditulis Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 32, dalam InstaStorynya dengan memuat naik tangkap layar beberapa mesej lucah yang diterimanya semalam.

Dalam tangkap layar tersebut turut memaparkan aktres itu membalas komen-komen jelek berkenaan.

Tangkap layar beberapa komen berbaur lucah yang dikongsi Reen dalam InstaStorynya semalam.

“Penatlah hendak sekat orang yang bebal ini. Selalu aku tak layan golongan seperti itu.

“Tetapi hari ini macam nak layan dan rasa jadi bebal, seronok tak agaknya. Tapi maaflah sebab kasar,” ujarnya menerusi satu catatan dalam InstaStorynya malam tadi.

Pelakon filem Syif Malam Raya itu mahu netizen sedar bahawa golongan artis juga seorang manusia dan ada perasaan marah.

Reen turut mendedahkan ramai yang memintanya supaya jangan membuang masa melayan golongan sebegitu.

“Terima kasih kepada yang mesej saya supaya jangan layan golongan sebegitu.

“Tapi memang mood hari ini seronok nak layan kebebalan mereka. Tak beri kesan pada mood saya pun, seronok saja sekarang ini,” tulisnya.

Terdahulu, Reen berkongsi paparan skrin semua komen berbaur lucah yang diterima pada sekeping gambarnya yang dimuat naik dalam Instagram semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI