BANDAR GAZA – Beratus-ratus orang melarikan diri dengan berjalan kaki hari ini selepas tentera Israel mengarahkan supaya hospital terbesar di Semenanjung Gaza, Hospital Al Al-Shifa dikosongkan.
Hospital itu menempatkan lebih 2,000 pesakit, kakitangan perubatan dan pelarian yang terperangkap akibat perang Israel dan Hamas.
Seorang wartawan AFP yang menjadi saksi kejadian berkata, seramai 450 pesakit yang gagal dipindahkan masih berada di Hospita Al-Shifa termasuk sebilangan bayi pramatang.
Israel mendakwa terdapat pangkalan Hamas di bawah bangunan hospital berkenaan, namun tuduhan itu dinafikan Hamas. – AFP