PETALING JAYA – Dewan Rakyat menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang maut ditembak ketika bertugas dalam Operasi Benteng di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi semalam.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menzahirkan ucapan itu sebelum sesi soal jawab bermula pagi ini.
“Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarganya diatas pemergian itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Datuk Zakaria Mohd. Edris (Bersatu-Libaran) menyatakan Ahli Parlimen menerima berita sedih kehilangan pahlawan negara Baharuddin yang terkena tembakan semasa melakukan kawalan keselamatan di sempadan negara.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, Baharuddin, 54, maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis. – K! ONLINE