fbpx

Kurniaan Sultan Perak beri semangat buru Olimpik 2024 – Penerjun negara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd Shafiq Puteh menerima PJK pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI / KOSMO!

KUALA KANGSAR – Penganugerahan pingat kebesaran daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi semangat buat atlet terjun negara, Muhd. Shafiq Puteh dalam memburu tiket ke Olimpik Paris 2024.

Beliau dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Sultan Nazrin pada hari kedua Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Perak sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 baginda di Istana Iskandariah di sini.

Muhd. Shafiq juga yang baru menerima kelahiran cahaya mata kedua, gembira dengan kurnian Sultan Perak itu sebagai menghargai pencapaiannya.

Atlet kelahiran Ipoh itu kini memberi fokus kepada kejohanan dunia yang akan berlangsung di Qatar pada Februari 2024 untuk berada dalam kelompok 18 penerjun terbaik dunia bagi melayakkan diri ke Olimpik.

“Dengan menerima pingat ini saya akan terus berjuang. Tahun depan saya akan melalui pusingan kelayakan untuk ke Olimpik.

“Di sana saya akan beri prestasi lebih 100 peratus untuk dapatkan slot ke Olimpik,” katanya kepada pemberita selepas istiadat yang diadakan di sini hari ini.

Beliau merupakan seorang daripada empat ahli sukan yang diperkenankan oleh Sultan Perak untuk menerima PJK selain atlet muaythai negara, Mohammad Rifdean Masdor.

Jaguh pecut, Muhammad Azeem Fahmi serta pelari wanita, Shereen Samson Vallabouy yang tersenarai sebagai penerima pingat sama bagaimanapun tidak dapat hadir kerana perlu meneruskan program latihan dan urusan pengajian di luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI