fbpx

Wanita serbu majlis perkahwinan bekas teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menyerbu majlis perkahwinan bekas teman lelakinya di Sizhou baru-baru ini. - Foto Sanook

BEIJING  – Dalam satu percubaan terdesak, seorang wanita menyerbu majlis perkahwinan bekas teman lelakinya di Suzhou, China, untuk memastikan sama ada lelaki berkenaan  masih mempunyai perasaan sayang pada dirinya, lapor portal berita Thaiger semalam.

Bagaimanapun, apabila muncul di majlis berkenaan, dia tidak dapat mengawal emosi lalu  memeluk bekas teman lelakinya sambil menangis. Wanita itu turut menghempaskan dirinya ke lantai bagi menghalang lelaki berkenaan mengahwini pengantin perempuan.

Menyaksikan adegan mengejutkan itu, para tetamu bergegas membantu wanita tersebut tetapi dia berdegil dan enggan melepaskan kaki pengantin lelaki dalam kejadian baru-baru ini.

“Kami bercinta selama tujuh tahun. Adakah awak sudah lupa tujuh tahun kita bercinta?” katanya manakala bekas kekasihnya menunjukkan ekspresi sedih dan menggenggam tangan wanita itu.

Pengantin perempuan pula tidak menunjukkan kemarahan. Dia  sebaliknya hanya berdiri diam tanpa menunjukkan sebarang emosi. 

Selepas insiden perkahwinan itu tersebar di internet, ramai netizen berasa kasihan dengan wanita tersebut. 

“Menangis tidak membantu. Kalau dia masih simpan awak dalam hati, awak tidak ditinggalkan untuk dirinya berkahwin lain,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI